27 February 2011

AFNA




Fakhri sekarang dah berusia 3 tahun. Cepat sekali masa berlalu. Dah banyak perkara yang dia boleh lakukan sendiri. Sekarang dia sedang menjalani fasa latihan tidak memakai lampin. Beberapa kali jugak terlajak. Kencing dalam seluar. Masih perlukan banyak latihan.
Percakapannya sudah semakin berstruktur. Ayat semakin panjang. Sifat ingin tahu dia semakin kuat. Jika ada apa-apa yang diluar kebiasaan dia akan tanya, kenapa? Dan diulang-ulang kenapa hingga dijawab soalannya.
Antara frasa kegemarannya, sekarang nak gi mana ni? bila dalam kenderaan. Dia dah mula belajar iqra' beberapa bulan lalu. Alhamdulillah sekarang dah habis buku satu. Dah kenal semua huruf hijaiyyah berbaris atas. Kenal huruf dan tahu bacaan. Walaupun ada beberapa huruf yang sebutannya kurang jelas, bolehlah dimaafkan kerana dia memang pelat pun.

Auni pulak ikut tahun dah 3 tahun juga. Tapi kerana lahir bulan Disember, kuranglah 11 bulan kematangannya. Walaupub begitu, banyak juga kemahirannya. Dari segi percakapan, lebih jelas dan tidak pelat. Keupayaan mengingat juga lebih baik dari abang. Dia juga lebih tekun dalam buat sesuatu.
Satu perangainya yang nyata berbeza dengan Fakhri. Jika dia mahukan sesuatu, pasti dia akan buat sehingga dapat. Dia boleh menangis kerana mahukan sesuatu hingga sejam tanpa henti. Memang tegar. Kuat semangat. Jika jatuh sedikit sakitnya, memang dia tak menangis.
Cara cakapnya lagak orang tua. Kadang-kadang panjang ayat dan tersusun atur dengan baik. Tapi lebih kepada meniru kata orang dari dibuat sendiri. Cuba ajar dia baca iqra'. Dulu susah juga nak buat dia fokus. Sejak beberapa hari ni semakin fokus dan dah kenal tiga huruf pertama, alif ba ta.

Berdua ni banyak idea antara mereka. Kalau bermain bermacam-macam yang dibuat. Ketika aman damai, seronok tengok mereka bermain. Bila bergaduh, selisih bahu pun tak boleh.
Adik mereka? InsyaAllah jika ada rahmat Allah.
Published with Blogger-droid v1.6.7

23 February 2011

Singapura

Keterangan gambar: Fakhri sedang menghirup kuah dal dan Auni sedang makan murtabak.
Kisahnya, ahad lepas menonton rancangan jalan-jalan cari makan yang memaparkan sebuah restoran namanya Restoran Murtabak Singapura. Kata pengunjung yang ditemuramah, rasa murtabak di sini memang seperti rasa murtabak asal dari Kota Singa.
Aku ingatkan itu sebuah restoran baru. Tapi menurut kata isteri, dah lama dia perasan restoran tersebut. Bukan sebulan dua tapi dah beberapa tahun.
Jadinya malam itu saja-saja pergi dengan cita-cita nak merasa murtabak singapura dua lapis. Bila sampai je di kedai, tu dia. Penuh manusia. Agaknya mereka ni serupa dengan aku kot. Tengok tv petang, malamnya pergi cuba. Sebab seingat aku kedai itu tak ramai orang. Tidak sepenuh ini.
Hari ni cuba nasib lagi untuk merasa murtabak. Berjaya. Servis agak lambat sebab ramai juga orang yang makan. Mungkin belum biasa dengan pelanggan yang ramai selepas masuk tv sebab nampak jelas sekali pekerjanya bertungkus-lumus melayan tetamu.
Kami pesan murtabak daging 3 lapis. Harganya RM18. Sesuai untuk dimakan oleh 4 atau 5 orang sebab kami makan berdua (dua budak ni tak kira), tak habis. Rasa? Boleh tahan. Tidak boleh nak banding sebab belum pernah rasa yang asli dari sana.
Fakhri suka kuah dal. Habis sepiring dihirup. Kerana besar sangat, terpaksa bungkus bawa balik.
Kalau sesiapa nak cuba, bolehlah pergi. Kedainya terletak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, bersebelahan dengan Galaxy Futsal dan Kompleks Sukan Seksyen 15.
Promosi ini percuma dan tidak dibayat oleh samada kedai atau penerbit rancangan tv.


Published with Blogger-droid v1.6.7

15 February 2011

Vineyard

Fakhri dan Auni di bawah teduhan pokok anggur. Gambar ini diambil di Ladang Anggur Tasik Beris. Siapa sangka di charuk itu terdapat ladang anggur. Perjalanan ke sana memang mencabar. Bukan kerana jalannya yang berliku, tapi kerana persekitarannya.
Untuk ke sana, perlu melalui pekan Sik. Jalannya menusuri rumah-rumah kampung dan kebun getah serta buah-buah. Kalau anda dari arah Gurun, memang tiada papan tanda hinggalah anda tiba di pekan Sik. Mencabar. Seolah-olah rasa seperti sesat jalan.
Lebih kurang 15km dari pekan Sik melalui jalan menghala Kg. Gulau dan Nami. Ya. Nami nama tempatnya. Mulanya aku ingat tempat itu di Malaysia. Rupanya salah. Itu nama tempat di negara jiran, Thailand.
Ladang anggur ni menghadap tasik. Tasik Beris. Cantik pemandangan. Bayaran masuk RM3 seorang dewasa. Tidak boleh petik. Tapi menurut kata pekerja di situ, nanti bulan Mac boleh petik. Bayarannya RM40 sekilo.
Nak rasa petik anggur? Pergilah nanti bulan Mac.
Published with Blogger-droid v1.6.7

13 February 2011

Tragedi cinta

Siapa yang tidak pernah dengar tentang Kelli's Castle. Terletak di Batu Gajah, Perak. Istana yang terbengkalai kerana pemiliknya meninggal dunia.
Gambar disertakan menunjukkan dua orang budak seronok berlari-lari selepas beberapa jam duduk dan baring di dalam kereta. Di belakang jurugambar adalah pokok beruang. Dinamakan demkian kerana di perdu pokok itu terdapat semacam akar memanjat yang menyerupai seeokor beruang sedang memeluk pokok tersebut.
Istana ini dibina sememangnya dengan penuh rasa kasih sayang. Memang dapat dibayangkan sekiranya istana ini siap, ia akan menjadi mercu tanda yang cantik.
Sekiranya ada peluang, silalah berkunjung ke sana.
Published with Blogger-droid v1.6.7

08 February 2011

SSL Traders Hotel

Fakhri dan Auni sedang berehat selepas penat mengharungi perjalanan yang jauh. Gambar diambil di SSL Traders Hotel, Taiping.
Hotel ini masih baru. Terletak di Kamunting berhadapan dengan kem askar. Rejimen apa aku lupa pulak. Berhampiran dengan susur keluar Taiping utara dari lebuhraya PLUS. Juga tidak jauh dari pusat bandar Taiping, Penjara Taiping dan bagi yang romantik, Taman Tasik Taiping.
Coffee Housenya diiktiraf halal oleh jabatan agama perak. Pilihan menunya tidak berapa pelbagai. Seperti seri malaysia sahaja. Rasanya boleh dikategorikan sebagai sedap. Menurut kata orang tempatan, dapurnya diuruskan oleh melayu walaupun hotel ini milik penuh cina. Hotel ini juga tidak menyediakan khinzir. Jadi tiada isu campuran peralatan. Ya lah. Dah dapat sijil halal pun kan.
Bilik yang paling murah sangat kecil dan tiada tingkap. Hanya untuk dua orang. Jadi sekiranya datang berdua bulanmadu, mungkin sesuai. Bilik sederhana saiznya sesuai untuk keluarga kecil.
Sesuai sekali untuk sesiapa yang bercuti di Taiping.
Published with Blogger-droid v1.6.7

06 February 2011

cubaan pertama

Ini adalah cubaan pertama untuk blog.
Published with Blogger-droid v1.6.7

02 September 2010

pelan plan


Mendengar satu iklan di radio berbahasa melayu, membuatkan aku rasakan yang bahasa melayu akan pupus tidak lama lagi.

Apa yang dibuat dan disebut terang dan jelas mengikut skrip yang lemah, sekiranya ada skrip. Sekiranya dibuat secara spontan, mungkin juga tidak disengajakan. Mungkin.

Bercerita tentang pelan. perkataan pelan yang bermaksud rancangan, reka bentuk atau skim. sebutan pe seperti pada sebutan peria. sebutan lan seperti pada sebutan jalan. pelan.

"Bukan pelan, tapi plan". kata pelakon iklan.

"Oh ya. kalau pelan, pelan pelan kayuh". jawab yang seorang lagi.

Sebutan plan ada seperti sebutan bahasa inggeris plan yang membawa maksud sama dengan pelan.

Tidakkah mereka tahu. Pelan adalah plan?

Jika begini, semakin lama semakinlah dilupakan bahasa kita sendiri.

30 August 2010

menyerah kalah

aku duk baca buku Raheequl Makhtum. sekarang di bahagian mengisahkan perang. permulaan arahan perang oleh Allah. Susur galur proses yang membawa kepada perang yang pertama itu.
telah banyak apa yang dikatakan sebagai intipan dan peristiwa serang hendap kepada kabilah Quraisy sebelum dari Perang Badar. Aku bukanlah nak mengisahkan di sini tentang itu semua. Kalau nak tahu lanjut boleh dapatkan buku Raheequ Makhtum atau Sealed Necter tulisan Saifurrahman Mubarakpuri.
apa yang aku nak timbulkan ialah, di setiap misi intipan dan serang hendap itu, kumpulan tentera islam menggunakan panji atau bendera. Sebagaimana kita ada Jalur Gemilang. Yang menarik perhatian aku ialah, di semua misi itu, bendera yang digunakan oleh tentera islam warnanya putih. aku terfikir. dari manakah sebenarnya asal peraturan bendera putih dikibarkan apabila menyerah kalah? sebelum zaman Nabi atau selepas zaman itu?
sama-sama kita fikirkan.

25 August 2010

poligami

satu laporan dikeluarkan mengatakan yang lelaki berpoligami lebih gembira dari wanita-wanita yang bermadu. jika dilihat secara lalu, nampak seolah-olah institusi poligami yang dibenarkan oleh Islam menindas wanita. Menyebabkan wanita tidak mendapat kebahagian, tidak gembira dan sebagainya. Apa mungkin Allah yang bersifat Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana itu membenarkan sesuatu yang begini? Sudah tentunya tidak.
Mari kita tengok apa sebenarnya yang perlu ada dalam poligami. Aku mungkin seseorang yang tidak berapa lulus untuk berbicara ini, tetapi sebagai seorang lelaki, inilah apa yang aku pandang pada poligami. Yang pertama, sememangnya poligami itu sesuatu yang baik. Bukan kerana aku lelaki maka aku berkata begitu, tetapi kerana Allah benarkan poligami, maka aku berkata begitu. Siapa kita yang lemah dan tidak upaya ini untuk mengatakan sesuatu yang Allah izinkan lemah dan tidak baik.
Kedua, siapakah yang terlibat dalam poligami? Lelaki sahaja? atau wanita sahaja? sudah semestinya semua sekali terlibat. Suami dan isteri-isteri juga anak-anak jika ada. Termasuklah juga saudara mara dan jiran tetangga. Kerana ini adalah sebuah institusi kekeluargaan, maka semuanya terlibat. Sekiranya monogami pun, semua itu terlibat. Berapa banyak monogami yang gagal kerana penglibatan orang ketiga yang datang dari mertua, sepupu, ipar dan jiran tetangga? Banyak kan?
Oleh itu bagi aku, poligami ini bukanlah sesuatu yang senang untuk dilaksanakan. Oleh kerana itu selepas ayat memberi kebenaran, ada ayat yang menyatakan satu adalah memadai sekiranya tidak mampu berlaku adil. Tidak dinyatakan adil dari segi apa, tapi hanya adil. Bolehlah kita terjemahkan adil ini dari segenap segi. Bila kita ambil kira dan timbang segala perkara itu, sudah pasti poligami ini adalah sesuatu yang sangat sukar dilaksanakan.
Berbalik kepada laporan yang mengatakan lelaki lebih gembira berbading wanita dalam kes poligami. Sudah terang lagi bersuluh yang ketidakadilan telah berlaku. Tidak adik dari segi emosi. Kenapa suami sahaja yang gembira? Kenapa isteri rasa tidak gembira? Mesti ada berlaku sesuatu kekurangan di mana-mana. Masakan pokok bergoyang jika tiada angin.
Maka ingat kepada lelaki-lelaki yang ingin berpoligami, ukurlah kemampuan kita. adilkah kita? dan juga ingatlah, bukan kerja suami sahaja untuk memastikan poligami berjalan lancar, tetapi juga tanggungjawab isteri yang dimadukan dan madunya sekali. Juga anak-anak, keluarga dan jiran tetangga. Sukar kan untuk berlaku adil dalam poligami?

16 April 2010

cuaca

keadaan cuaca semakin hari semakin panas. Walaupun kadang-kadang ada hujannya. Akan tetapi hujan itu sangat lebat dan bersama ribut petir cuma untuk waktu yang singkat. perasan tak kita yang sejak akhir-akhir ini cuaca begitu melampau. panasnya melampua. anginnya melampau. hujannya melampau. hatta gempa pun melampau juga.

terbaru sekali di China. ramai sekali yang terkorban. renungkan bersama. murka dunia ini pada kita mungkin. terlalu banyak maksiat berlaku. atau sememangnya sudah begitu dekat dengan akhir masa.

bersediakah kita?

14 March 2010

KLIBF 2010

minggu depan bermula pesta buku. setiap tahun saya ke sana. berdua. bertiga. dan berempat. tahun ini sudah pun mengambil cuti satu hari untuk semata-mata ke sana. tidak mahu pergi pada hari minggu. terlalu sesak dengan orang. walaupun banyak progam menarik disediakan pada hari minggu. tak mengapa. tujuan utama saya ke pesta buku adalah untuk membeli beberapa buku yang menjadi sasaran. dan juga ingin melanggan beberapa majalah yang menarik.

tahun ini akan pergi insyaAllah pada hari khamis. tahun ini berdua sahaja. anak-anak akan ditinggalkan seperti biasa bersama pengasuh. antara buku yang jadi sasaran adalah novel terbaru Faisal Tehrani, Bahlut. menurut sinopsis yang diberikan di blog beliau, novel ini berkisar tentang kisah orang asli kaum semai di Bukit Payong, Melaka. sesuatu yang menarik untuk dibaca. seperti novel FT yang sebelum ini, ceritanya bukanlah hanya fiksyen semata-mata. diletakkan sekali fakta-fakta yang menyegarkan minda.

buku lain adalah karya ustaz hasrizal. atau lebih popular dengan nama saifulislam. kesinambungan dari aku terima nikahnya dah rindu bau buah tin. mahalah yang ingin dilanggan adalah majalah solusi dan anis. insyaAllah.

jom kita ke sana.

23 February 2010

Fakhri

tak sedar masa sudah berlalu. terasa sekelip mata sahaja Fakhri dan Auni sudah besar. Lebih-lebih lagi Fakhri. Nampak sangat dia sudah 'matang' sebagai seorang abang. banyak tindakannya menunjukkan dia seorang abang yang sangat menyayangi adiknya. walaupun ada kalanya dipukul ditolak juga adiknya hingga jatuh menangis. beberapa peristiwa yang boleh saya ringkaskan di sini yang menyebabkan saya sangat bangga pada Fakhri.

apabila Auni menangis kerana lapar atau mengantuk, saya akan suruh Fakhri pujuk adiknya. Abang, pujuk adik. kata saya. Fakhri terus panggil adiknya dan cuba memujuk dengan macam-macam cara. ada ketika dia berikan mainannya yang ditangan. ada ketika dia menepuk-nepuk kaki adiknya lagak kita mententeramkan adiknya.

ada sekali tu Fakhri marahkan adiknya ganggu dia bermain. memang perangai adiknya suka mengusik abang. Fakhri tolak Auni hingga jatuh. Auni menangis. saya marahkan Fakhri. jangan tolak adik. sakit adik. tengok adik dan menangis. mintak maaf dengan adik. cium adik. terus Fakhri gosok-gosok belakang adiknya dan mencium pipinya sambil cuba mengangkat Auni bangun.

satu hari itu, Auni merengek-rengek mintak air. tak sempat saya nak ambil bekas air, Fakhri dah dulu mencapainya dan menghulurkan kepada Auni. Ketika Auni minum, dia tersedak dan terbatuk-batuk. terus Fakhri menepuk-nepuk belakang adiknya.

Bila Auni minum susu menggunakan botol, Fakhri akan ambil botol susu selepas Auni selesai dan meletakkannya di atas meja.

itu adalah beberapa tindakan Fakhri yang menunjukkan dia sudah 'matang' sebagai seorang abang. Saya rasa sangat senang hati dan yakin Fakhri dapat menjaga adiknya (adik-adiknya) nanti. Terima kasih Fakhri.

09 February 2010

Februari

fuh. itulah yang boleh disimpulkan bagi Februari 2010 ini. memang fuh. penuh dengan kejadian, peristiwa yang pelbagai. oleh sebab itulah juga tidak sempat nak menulis di sini. jadi, mari kita telusuri apa yang berlaku dalam masa 9 hari bulan Februari ini.

1 dan 2 haribulan urusan harian seperti biasa. cumanya ada kerja-kerja tambahan kerana saya menyertai pameran teknikal yang di adakan di ibu kota minggu lepas. membuat persiapan poster. senarai barang yang perlu dibawa. siapa yang nak membawa dan siapa pula yang nak menunggu di gerai pameran.

3 dan 4 haribulan. hari untuk menyiapkan gerai pemeran. pasang poster. susun atur peralatan. sambung dan pastikan berfungsi dengan baik. saya ke tapak pemeran menaiki pengangkutan awam. mudah cepat dan selamat. tapi agak sedikit penat. hari pertama pameran, menunggu hakim datang dari pagi hingga ke petang. kaki lenguh berdiri. mundar-mandir ke sana-sini. jam 2.45 petang baru hakim datang. saya dah mula sakit kepala dan badan rasa seperti nak demam.

5, 6, 7 dan 8. sepatutnya giliran saya menjaga gerai pameran pada 5hb. tetapi Fakhri sakit teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital. doktor diagnos herpetic gingivostomatitis. gusinya bengkak dan mudah berdarah. lidah, lelangit dan tekak tumbuh lepuhan. dia tidak lalu makan dan tidak boleh makan. jadi dari 5,6 dan 7 dia dimasukkan ke hospital. dan selama itu juga saya tidak tidur malam menjaganya. kerana dia tidak mahukan umminya. walaupun saya sakit tekak yang teramat ketika itu dan demam agak teruk, terpaksa digagahkan. akan tetapi, akhirnya saya tumpas juga. 7hb saya pula dimasukkan ke hospital kerana demam teruk dan lepuhan di dalam tekak. sakitnya tidak tergambar. hinggakan bila saya menelan air, pekak telinga kerana kesakitan. semalaman di hospital dengan ubat dan IV, saya semakin pulih. demam sahaja yang pulih. tetapi sakit tekak masih lagi terasa.

doktor tanya, nak berehat di rumah? saya jawab terus boleh juga. doktor sambung lagi, saya akan panjangkan cuti. tanyanya awak kerja apa? saya mengajar. Oh. teknikal ni. sakit tekak tak boleh mengajar. saya bagi awak cuti 7 hari. jadinya, di sinilah saya di rumah bercuti selama 7 hari. terima kasih!! jangan dengki!

31 January 2010

masa

sekejap sahaja sudah habis bulan pertama 2010. begitu cepat sekali masa berlalu. ataupun begitu banyak masa kita terbuang tanpa aktiviti. entah. yang pasti, perasaan kita mengatakan masa cepat berlalu. tidak mungkin jam itu bergerak lebih cepat sekarang berbanding dahulu. sudah pastinya satu saat sekarang masih lagi sama dengan satu saat 50 tahun dahulu. matahari tetap terbit pagi hari. tetap tenggelam maghrib nanti.

pasti rasa cepat masa berlalu itu berkait dengan aktiviti harian kita. itu sahaja yang berbeza dari 50 tahun yang dahulu. jadinya siapakah sebenarnya yang menyebabkan masa berlalu pantas? sama-sama kita fikirkan.

21 January 2010

soalan demi soalan

ketika kita dalam perut ibu,
terdengar orang bertanya bila nak bersalin tu?

masa kita masih dalam kandungan,
ramai orang tanya lelaki ke perempuan?

bila orang terima berita kita dilahirkan,
ada juga yang tanya normal ke cesearean?

waktu kita usia sebulan dua,
orang tanya lagi, dah boleh buat apa?

ketika kita masuk bulan ketiga empat,
terdengar orang bertanya, bila nak meniarap?

masa kita dah meniarap pulak,
ramai orang tanya dah merangkak ke tidak?

bila orang tengok kita merangkak sakan,
ada juga yang tanya, bila nak berjalan?

waktu kita dah berjalan gagah,
orang tanya lagi, dah pergi sekolah?

ketika kita sudah kerja gomen,
terdengar orang bertanya, bila nak kahwin?

masa kita bulan madu dengan isteri,
ramai orang tanya bila nak dapat anak ni?

bila orang tengok kita dah anak satu,
ada juga yang tanya, tak nak tambah anak lagi satu?

waktu kita dah ada anak bongsu,
orang tanya lagi, bila nak dapat menantu?

ketika kita bahagia dengan anak menantu,
terdengar orang tanya, bila nak dapat cucu?

hidup ni tak pernah aman dengan soalan orang. cuma satu saja soalan yang mungkin orang tak tanya. kurang ajar mungkin jawapan yang dapat bila tanya. soalan... bila nak mati?

19 January 2010

makan

saya selalu memerhatikan perkembangan Auni. dari segi kemahiran. tak terasa masa dah berlalu. tak sangka dia tahu beberapa kemahiran. mungkin kerana ketika Fakhri membesar, sudah ada Auni menjadikan Fakhri tidak lagi dianggap sebagai bayi. tetapi Auni masih lagi dianggap bayi oleh saya.

tak sangka yang Auni sudah tahu pegang botol susu sendiri. tidak pernah diajar. kerana di rumah dia minum susu terus dari ibu. tak pernah diberi botol. bila sudah habis minum, dia hulurkan botol sambil berkata, nah. ataupu dia akan letakkan di lantai. bila Fakhri yang minum susu, dia paling sibuk nak tutup botol susu Fakhri.

sekarang Auni paling sangat suka makan. makanan kegemarannya ialah biskut dan nasi. sekali makan biskut, dia boleh habiskan 4-5 keping Jacob's wheatameal. dan dia sudah tahu mintak biskut. dia akan berdiri di tepi meja makan dan menjerit, kuk. sambil tangan menunjuk ke atas meja. dan Auni makan, tidak bersepah. jika diberi sekeping, makan sekeping lah habis dimakan. yang jatuh kelantai hanyalah serpihan-serpihan kecil akibat dari mengigit.

kalau nasi memang Auni akan duduk mengadap kita yang menyuap. tidak akan ke mana-mana selagi tidak kenyang makan. itu Auni dan bab makan. Fakhri lain pula ceritanya. dia cuma makan apa yang dirasakannya sedap. seperti ikan, ayam, kismis, cereal, roti dan pisang. sangat cerewet Fakhri kalau berkenaan makanan. susah sekali nak tengok dia makan nasi dengan besungguh-sungguh. setakat ini, Fakhri cuma makan nasi bersungguh-sungguh bila lauknya adalah sup. daging, ikan, ayam hatta sayur pun dia makan. janji dalam bentuk sup.

itulah... kisah anak dan makan.

17 January 2010

masyarakat

bagi penduduk negeri selangor, hari sabtu adalah hari bebas beg plastik. bermula sabtu minggu lepas, kerajaan negeri telah mewartakan hari sabtu sebagai hari tidak menggunakan beg plastik. sejajar dengan itu, beberapa pusat membeli-belah terkemuka mengurangkan penggunaan beg plastik ini. ada yang mengenakan caj tambahan sekiranya anda nak juga beg plastik.

akan tetapi seperti biasa, akan ada orang yang skeptik kepada sesuatu perubahan. kempen ni bukanlah nak memaksa masyarakat setiap sabtu bayar lebih untuk dapatkan beg plastik. tetapi lebih kepada penerapan kesedaran. tadi saya melihat ada beberapa orang yang memberikan reaksi agak sinis apabila juruwang menyatakan hari ini beg plastik akan dicaj sebanyak 20 sen setiap satu. kasihanlah juruwang tu kena tanya macam-macam.

itu pertama tentang masyarakat disekitaran saya. keduanya beratur. kenapakah agak sukar lagi untuk kita ni beratur bila menunggu sesuatu? seperti tadi. orang yang sama sinis tentang beg plastik itu dengan tanpa rasa bersalah memotong barisan. dengan kawasan yang agak sempit, tidaklah yang beratur itu lurus. bengkok dan mengelilingi kaunter bayaran. dia dengan muka tak malu datang menyelit dan terus memotong barisan. menjadi rakyat malaysia, orang yang dipotong itu tidak menegur. mungkin sebab dia perempuan. muda lagi. yang memotong barisan tu, lelaki dah agak berumur.

ketiga, isu yang tak habis-habis. isu yang masih lagi menghairankan aku. terlalu jelas tapi kenapa masih tidak disedari. ada benarnya apa yang pepatah gambarkan. kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tidak nampak. hairan sungguh saya dengan perempuan. menutup aurat tetapi masih telanjang. pagi ini saya nampak lagi satu contoh. seorang perempuan. mengandung mungkin 4 bulan. memakai baju ibu mengandung. warna putih. dari kain kapas. anda mungkin boleh bayangkan juga.

sebagai lelaki normal, dan lelaki normal yang lain juga, pasti akan rasa "segan" bila melihat. baju mengandung putih dipadankan dengan tudung hitam bermanik kristal. cantik. tetapi nampak juga, colinya berwarna hitam dan seluar dalamnya berwarna merah hati. mungkin saya terlalu terus-terang. tetapi itulah yang ditayangkan. itulah yang ditunjukkan. apa guna tudung hitam yang cantik dikepala? bak kata nabil, lu pikirlah sendiri.

15 January 2010

Manikam kalbu

pagi tadi di siaran MHI, tetamu jemputannya adalah FT. memang saya dah tahu pun dia akan keudara di MHI kerana dimaklumkan dalam blognya. saya memang menanti. natijahnya, hari ini keluar sedikit lambat ke pejabat. tak mengapa, masih lagi sampai sebelum waktu merah.

FT keudara kerana jemputan MHI untuk berbincang tentang buku bertajuk manikan kalbu. buku ini telah menang dua anugerah dan akan dianugerahi sekali lagi hari isnin ini. saya dah baca buku ini lama dulu. dan sememangnya, seperti buku-buku FT yang lain, buku ini memberikan sesuatu ilmu yang baru kepada pembacanya. walalupun buku ini ialah sebuah novel. dikategorikan novel remaja lagi.

kisahnya berkisar tentang tukang jahit di dua zaman diceritakan secara selang-seli. tukang jahit di zaman kesultanan melaka dan tukang jahit di zaman sekarang. setelah membaca buku ini, banyak jugalah maklumat baru yang diketahui tentang busana melayu. tentang asal usul baju kurung. untuk lelaki dan wanita. ya benar. baju kurung dan baju melayu adalah sebenarnya dipanggil baju kurung. sekarang kita ini sahaja yang menggelarnya baju melayu dan baju kurung.

baju kurung wanita siap dengan kain. baju kurung lelaki siap dengan seluar. leher dijahit dua cara. lelaki cekak musang. wanita teluk belanga. mesej yang cuba disampaikan oleh FT dalam buku ini ialah melayu itu mencipta sesuatu, hatta busana sekalipun penuh dengan falsafah. antara contoh, kenapa butang baju cekak musang lima. kena butang baju teluk belanga satu. kenapa dipanggil baju kurung. memang sangat menarik dan sebenarnya menaikkan rasa kecintaan kepada bangsa dan sekaligus agama.

saya memang sangat-sangat menyarankan bacalah buku ini. memang tidak rugi. oh ya. manikam kalbu itu bukanlah nama busana. tetapi kucing belaan tukang jahit. harap maklum.

14 January 2010

restoran mamak

setiap kali ke kedai mamak untuk menikmati tosai lembut, roti kosong garing, capati sedap, nan hebat, atau cuma mencuba teh tarik kau, mereka berdua pasti jadi tumpuan. ya mereka berdua. Fakhri dan Auni.

entah kenapa pelayan-pelayan restoran mamak sangat sukakan mereka berdua. mesti ada yang datang ke meja kami bukan setakat untuk ambil pesanan, tetapi juga untuk menegur Auni atau Fakhri. kadang-kadang siap dicubit-cubit pipi mereka.

tak kurang juga mereka berdua dapat makanan percuma. biasanya papedom sepiring. ataupun hanya satu lolipop. sungguh bertuah mereka bila ke restoran mamak.

13 January 2010

dah besar

Fakhri baharu saja mencecah 2 tahun. Auni pulak genap setahun sebulan lebih awal. Kedua-duanya sudah pandai kerjasama bila beraktiviti. bermain. makan. termasuklah menangis. sekarang Fakhri sudah pandai berkongsi makanan dengan adiknya. Bila dia makan, pasti dia akan ambil satu dan beri kepada adiknya. maklumlah, kegemaran sama. kedua-dua suka sangat dengan keropok, biskut dan apa juga jenis kerepek. pedas, masin atau lemak manis.

kedua-dua juga tidak gemar makanan yang sama. Fakhri tidak suka makan kek. lebih-lebih lagi kek yang berkrim. Auni pun. Masa harijadi mereka berdua, kek cuma mereka potong sahaja. yang memakannya, sepupu-sepupu mereka. Tapi Fakhri dan Auni sukakan coklat. mereka berdua boleh diam dan duduk makan dengan bersungguh-sungguh sehingga habis bila dapat makanan kegemaran.

jadinya, senang sekarang ini kalau nak suruh mereka dia. bagi makan. bolehlah buat kerja rumah. alhamdulillah!