Showing posts with label pelbagai. Show all posts
Showing posts with label pelbagai. Show all posts

02 September 2010

pelan plan


Mendengar satu iklan di radio berbahasa melayu, membuatkan aku rasakan yang bahasa melayu akan pupus tidak lama lagi.

Apa yang dibuat dan disebut terang dan jelas mengikut skrip yang lemah, sekiranya ada skrip. Sekiranya dibuat secara spontan, mungkin juga tidak disengajakan. Mungkin.

Bercerita tentang pelan. perkataan pelan yang bermaksud rancangan, reka bentuk atau skim. sebutan pe seperti pada sebutan peria. sebutan lan seperti pada sebutan jalan. pelan.

"Bukan pelan, tapi plan". kata pelakon iklan.

"Oh ya. kalau pelan, pelan pelan kayuh". jawab yang seorang lagi.

Sebutan plan ada seperti sebutan bahasa inggeris plan yang membawa maksud sama dengan pelan.

Tidakkah mereka tahu. Pelan adalah plan?

Jika begini, semakin lama semakinlah dilupakan bahasa kita sendiri.

30 August 2010

menyerah kalah

aku duk baca buku Raheequl Makhtum. sekarang di bahagian mengisahkan perang. permulaan arahan perang oleh Allah. Susur galur proses yang membawa kepada perang yang pertama itu.
telah banyak apa yang dikatakan sebagai intipan dan peristiwa serang hendap kepada kabilah Quraisy sebelum dari Perang Badar. Aku bukanlah nak mengisahkan di sini tentang itu semua. Kalau nak tahu lanjut boleh dapatkan buku Raheequ Makhtum atau Sealed Necter tulisan Saifurrahman Mubarakpuri.
apa yang aku nak timbulkan ialah, di setiap misi intipan dan serang hendap itu, kumpulan tentera islam menggunakan panji atau bendera. Sebagaimana kita ada Jalur Gemilang. Yang menarik perhatian aku ialah, di semua misi itu, bendera yang digunakan oleh tentera islam warnanya putih. aku terfikir. dari manakah sebenarnya asal peraturan bendera putih dikibarkan apabila menyerah kalah? sebelum zaman Nabi atau selepas zaman itu?
sama-sama kita fikirkan.

17 January 2010

masyarakat

bagi penduduk negeri selangor, hari sabtu adalah hari bebas beg plastik. bermula sabtu minggu lepas, kerajaan negeri telah mewartakan hari sabtu sebagai hari tidak menggunakan beg plastik. sejajar dengan itu, beberapa pusat membeli-belah terkemuka mengurangkan penggunaan beg plastik ini. ada yang mengenakan caj tambahan sekiranya anda nak juga beg plastik.

akan tetapi seperti biasa, akan ada orang yang skeptik kepada sesuatu perubahan. kempen ni bukanlah nak memaksa masyarakat setiap sabtu bayar lebih untuk dapatkan beg plastik. tetapi lebih kepada penerapan kesedaran. tadi saya melihat ada beberapa orang yang memberikan reaksi agak sinis apabila juruwang menyatakan hari ini beg plastik akan dicaj sebanyak 20 sen setiap satu. kasihanlah juruwang tu kena tanya macam-macam.

itu pertama tentang masyarakat disekitaran saya. keduanya beratur. kenapakah agak sukar lagi untuk kita ni beratur bila menunggu sesuatu? seperti tadi. orang yang sama sinis tentang beg plastik itu dengan tanpa rasa bersalah memotong barisan. dengan kawasan yang agak sempit, tidaklah yang beratur itu lurus. bengkok dan mengelilingi kaunter bayaran. dia dengan muka tak malu datang menyelit dan terus memotong barisan. menjadi rakyat malaysia, orang yang dipotong itu tidak menegur. mungkin sebab dia perempuan. muda lagi. yang memotong barisan tu, lelaki dah agak berumur.

ketiga, isu yang tak habis-habis. isu yang masih lagi menghairankan aku. terlalu jelas tapi kenapa masih tidak disedari. ada benarnya apa yang pepatah gambarkan. kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tidak nampak. hairan sungguh saya dengan perempuan. menutup aurat tetapi masih telanjang. pagi ini saya nampak lagi satu contoh. seorang perempuan. mengandung mungkin 4 bulan. memakai baju ibu mengandung. warna putih. dari kain kapas. anda mungkin boleh bayangkan juga.

sebagai lelaki normal, dan lelaki normal yang lain juga, pasti akan rasa "segan" bila melihat. baju mengandung putih dipadankan dengan tudung hitam bermanik kristal. cantik. tetapi nampak juga, colinya berwarna hitam dan seluar dalamnya berwarna merah hati. mungkin saya terlalu terus-terang. tetapi itulah yang ditayangkan. itulah yang ditunjukkan. apa guna tudung hitam yang cantik dikepala? bak kata nabil, lu pikirlah sendiri.

05 January 2010

Timbul tenggelam

tahun 2005 dulu ada tulis blog. selepas setahun lebih berhenti. atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. dalam masa setahun tu ramailah juga kenalan alam siber yang dicipta. terpaksa menghilangkan diri dari alam siber seketika. walaupun sekarang ini masih lagi mengikuti perkembangan rakan-rakan.
kemudian tahun 2009 mula menulis semula. dua tiga catatan, terus hilang kembali. kali ini bukan kerana menghilangkan diri. tetapi dihilangkan oleh kehadiran sesuatu yang baru. muka buku.
sekarang ini tahun baru, 2010, terasa seperti perlu menulis semula. terasa banyak perkara yang boleh dikongsi bersama. pengalaman hidup. pembacaan. penemuan baru. atau semata-mata meluahkan rasa. sebab itulah dikatakan timbul tenggelam. kita tengoklah sekarang. timbul terus terapung belayar meluncur laju atau tenggelam terus terperosok ke dasar.

wassalam.