30 August 2010

menyerah kalah

aku duk baca buku Raheequl Makhtum. sekarang di bahagian mengisahkan perang. permulaan arahan perang oleh Allah. Susur galur proses yang membawa kepada perang yang pertama itu.
telah banyak apa yang dikatakan sebagai intipan dan peristiwa serang hendap kepada kabilah Quraisy sebelum dari Perang Badar. Aku bukanlah nak mengisahkan di sini tentang itu semua. Kalau nak tahu lanjut boleh dapatkan buku Raheequ Makhtum atau Sealed Necter tulisan Saifurrahman Mubarakpuri.
apa yang aku nak timbulkan ialah, di setiap misi intipan dan serang hendap itu, kumpulan tentera islam menggunakan panji atau bendera. Sebagaimana kita ada Jalur Gemilang. Yang menarik perhatian aku ialah, di semua misi itu, bendera yang digunakan oleh tentera islam warnanya putih. aku terfikir. dari manakah sebenarnya asal peraturan bendera putih dikibarkan apabila menyerah kalah? sebelum zaman Nabi atau selepas zaman itu?
sama-sama kita fikirkan.

25 August 2010

poligami

satu laporan dikeluarkan mengatakan yang lelaki berpoligami lebih gembira dari wanita-wanita yang bermadu. jika dilihat secara lalu, nampak seolah-olah institusi poligami yang dibenarkan oleh Islam menindas wanita. Menyebabkan wanita tidak mendapat kebahagian, tidak gembira dan sebagainya. Apa mungkin Allah yang bersifat Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana itu membenarkan sesuatu yang begini? Sudah tentunya tidak.
Mari kita tengok apa sebenarnya yang perlu ada dalam poligami. Aku mungkin seseorang yang tidak berapa lulus untuk berbicara ini, tetapi sebagai seorang lelaki, inilah apa yang aku pandang pada poligami. Yang pertama, sememangnya poligami itu sesuatu yang baik. Bukan kerana aku lelaki maka aku berkata begitu, tetapi kerana Allah benarkan poligami, maka aku berkata begitu. Siapa kita yang lemah dan tidak upaya ini untuk mengatakan sesuatu yang Allah izinkan lemah dan tidak baik.
Kedua, siapakah yang terlibat dalam poligami? Lelaki sahaja? atau wanita sahaja? sudah semestinya semua sekali terlibat. Suami dan isteri-isteri juga anak-anak jika ada. Termasuklah juga saudara mara dan jiran tetangga. Kerana ini adalah sebuah institusi kekeluargaan, maka semuanya terlibat. Sekiranya monogami pun, semua itu terlibat. Berapa banyak monogami yang gagal kerana penglibatan orang ketiga yang datang dari mertua, sepupu, ipar dan jiran tetangga? Banyak kan?
Oleh itu bagi aku, poligami ini bukanlah sesuatu yang senang untuk dilaksanakan. Oleh kerana itu selepas ayat memberi kebenaran, ada ayat yang menyatakan satu adalah memadai sekiranya tidak mampu berlaku adil. Tidak dinyatakan adil dari segi apa, tapi hanya adil. Bolehlah kita terjemahkan adil ini dari segenap segi. Bila kita ambil kira dan timbang segala perkara itu, sudah pasti poligami ini adalah sesuatu yang sangat sukar dilaksanakan.
Berbalik kepada laporan yang mengatakan lelaki lebih gembira berbading wanita dalam kes poligami. Sudah terang lagi bersuluh yang ketidakadilan telah berlaku. Tidak adik dari segi emosi. Kenapa suami sahaja yang gembira? Kenapa isteri rasa tidak gembira? Mesti ada berlaku sesuatu kekurangan di mana-mana. Masakan pokok bergoyang jika tiada angin.
Maka ingat kepada lelaki-lelaki yang ingin berpoligami, ukurlah kemampuan kita. adilkah kita? dan juga ingatlah, bukan kerja suami sahaja untuk memastikan poligami berjalan lancar, tetapi juga tanggungjawab isteri yang dimadukan dan madunya sekali. Juga anak-anak, keluarga dan jiran tetangga. Sukar kan untuk berlaku adil dalam poligami?