27 February 2011

AFNA




Fakhri sekarang dah berusia 3 tahun. Cepat sekali masa berlalu. Dah banyak perkara yang dia boleh lakukan sendiri. Sekarang dia sedang menjalani fasa latihan tidak memakai lampin. Beberapa kali jugak terlajak. Kencing dalam seluar. Masih perlukan banyak latihan.
Percakapannya sudah semakin berstruktur. Ayat semakin panjang. Sifat ingin tahu dia semakin kuat. Jika ada apa-apa yang diluar kebiasaan dia akan tanya, kenapa? Dan diulang-ulang kenapa hingga dijawab soalannya.
Antara frasa kegemarannya, sekarang nak gi mana ni? bila dalam kenderaan. Dia dah mula belajar iqra' beberapa bulan lalu. Alhamdulillah sekarang dah habis buku satu. Dah kenal semua huruf hijaiyyah berbaris atas. Kenal huruf dan tahu bacaan. Walaupun ada beberapa huruf yang sebutannya kurang jelas, bolehlah dimaafkan kerana dia memang pelat pun.

Auni pulak ikut tahun dah 3 tahun juga. Tapi kerana lahir bulan Disember, kuranglah 11 bulan kematangannya. Walaupub begitu, banyak juga kemahirannya. Dari segi percakapan, lebih jelas dan tidak pelat. Keupayaan mengingat juga lebih baik dari abang. Dia juga lebih tekun dalam buat sesuatu.
Satu perangainya yang nyata berbeza dengan Fakhri. Jika dia mahukan sesuatu, pasti dia akan buat sehingga dapat. Dia boleh menangis kerana mahukan sesuatu hingga sejam tanpa henti. Memang tegar. Kuat semangat. Jika jatuh sedikit sakitnya, memang dia tak menangis.
Cara cakapnya lagak orang tua. Kadang-kadang panjang ayat dan tersusun atur dengan baik. Tapi lebih kepada meniru kata orang dari dibuat sendiri. Cuba ajar dia baca iqra'. Dulu susah juga nak buat dia fokus. Sejak beberapa hari ni semakin fokus dan dah kenal tiga huruf pertama, alif ba ta.

Berdua ni banyak idea antara mereka. Kalau bermain bermacam-macam yang dibuat. Ketika aman damai, seronok tengok mereka bermain. Bila bergaduh, selisih bahu pun tak boleh.
Adik mereka? InsyaAllah jika ada rahmat Allah.
Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments:

Post a Comment