Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

14 March 2010

KLIBF 2010

minggu depan bermula pesta buku. setiap tahun saya ke sana. berdua. bertiga. dan berempat. tahun ini sudah pun mengambil cuti satu hari untuk semata-mata ke sana. tidak mahu pergi pada hari minggu. terlalu sesak dengan orang. walaupun banyak progam menarik disediakan pada hari minggu. tak mengapa. tujuan utama saya ke pesta buku adalah untuk membeli beberapa buku yang menjadi sasaran. dan juga ingin melanggan beberapa majalah yang menarik.

tahun ini akan pergi insyaAllah pada hari khamis. tahun ini berdua sahaja. anak-anak akan ditinggalkan seperti biasa bersama pengasuh. antara buku yang jadi sasaran adalah novel terbaru Faisal Tehrani, Bahlut. menurut sinopsis yang diberikan di blog beliau, novel ini berkisar tentang kisah orang asli kaum semai di Bukit Payong, Melaka. sesuatu yang menarik untuk dibaca. seperti novel FT yang sebelum ini, ceritanya bukanlah hanya fiksyen semata-mata. diletakkan sekali fakta-fakta yang menyegarkan minda.

buku lain adalah karya ustaz hasrizal. atau lebih popular dengan nama saifulislam. kesinambungan dari aku terima nikahnya dah rindu bau buah tin. mahalah yang ingin dilanggan adalah majalah solusi dan anis. insyaAllah.

jom kita ke sana.

15 January 2010

Manikam kalbu

pagi tadi di siaran MHI, tetamu jemputannya adalah FT. memang saya dah tahu pun dia akan keudara di MHI kerana dimaklumkan dalam blognya. saya memang menanti. natijahnya, hari ini keluar sedikit lambat ke pejabat. tak mengapa, masih lagi sampai sebelum waktu merah.

FT keudara kerana jemputan MHI untuk berbincang tentang buku bertajuk manikan kalbu. buku ini telah menang dua anugerah dan akan dianugerahi sekali lagi hari isnin ini. saya dah baca buku ini lama dulu. dan sememangnya, seperti buku-buku FT yang lain, buku ini memberikan sesuatu ilmu yang baru kepada pembacanya. walalupun buku ini ialah sebuah novel. dikategorikan novel remaja lagi.

kisahnya berkisar tentang tukang jahit di dua zaman diceritakan secara selang-seli. tukang jahit di zaman kesultanan melaka dan tukang jahit di zaman sekarang. setelah membaca buku ini, banyak jugalah maklumat baru yang diketahui tentang busana melayu. tentang asal usul baju kurung. untuk lelaki dan wanita. ya benar. baju kurung dan baju melayu adalah sebenarnya dipanggil baju kurung. sekarang kita ini sahaja yang menggelarnya baju melayu dan baju kurung.

baju kurung wanita siap dengan kain. baju kurung lelaki siap dengan seluar. leher dijahit dua cara. lelaki cekak musang. wanita teluk belanga. mesej yang cuba disampaikan oleh FT dalam buku ini ialah melayu itu mencipta sesuatu, hatta busana sekalipun penuh dengan falsafah. antara contoh, kenapa butang baju cekak musang lima. kena butang baju teluk belanga satu. kenapa dipanggil baju kurung. memang sangat menarik dan sebenarnya menaikkan rasa kecintaan kepada bangsa dan sekaligus agama.

saya memang sangat-sangat menyarankan bacalah buku ini. memang tidak rugi. oh ya. manikam kalbu itu bukanlah nama busana. tetapi kucing belaan tukang jahit. harap maklum.