fuh. itulah yang boleh disimpulkan bagi Februari 2010 ini. memang fuh. penuh dengan kejadian, peristiwa yang pelbagai. oleh sebab itulah juga tidak sempat nak menulis di sini. jadi, mari kita telusuri apa yang berlaku dalam masa 9 hari bulan Februari ini.
1 dan 2 haribulan urusan harian seperti biasa. cumanya ada kerja-kerja tambahan kerana saya menyertai pameran teknikal yang di adakan di ibu kota minggu lepas. membuat persiapan poster. senarai barang yang perlu dibawa. siapa yang nak membawa dan siapa pula yang nak menunggu di gerai pameran.
3 dan 4 haribulan. hari untuk menyiapkan gerai pemeran. pasang poster. susun atur peralatan. sambung dan pastikan berfungsi dengan baik. saya ke tapak pemeran menaiki pengangkutan awam. mudah cepat dan selamat. tapi agak sedikit penat. hari pertama pameran, menunggu hakim datang dari pagi hingga ke petang. kaki lenguh berdiri. mundar-mandir ke sana-sini. jam 2.45 petang baru hakim datang. saya dah mula sakit kepala dan badan rasa seperti nak demam.
5, 6, 7 dan 8. sepatutnya giliran saya menjaga gerai pameran pada 5hb. tetapi Fakhri sakit teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital. doktor diagnos herpetic gingivostomatitis. gusinya bengkak dan mudah berdarah. lidah, lelangit dan tekak tumbuh lepuhan. dia tidak lalu makan dan tidak boleh makan. jadi dari 5,6 dan 7 dia dimasukkan ke hospital. dan selama itu juga saya tidak tidur malam menjaganya. kerana dia tidak mahukan umminya. walaupun saya sakit tekak yang teramat ketika itu dan demam agak teruk, terpaksa digagahkan. akan tetapi, akhirnya saya tumpas juga. 7hb saya pula dimasukkan ke hospital kerana demam teruk dan lepuhan di dalam tekak. sakitnya tidak tergambar. hinggakan bila saya menelan air, pekak telinga kerana kesakitan. semalaman di hospital dengan ubat dan IV, saya semakin pulih. demam sahaja yang pulih. tetapi sakit tekak masih lagi terasa.
doktor tanya, nak berehat di rumah? saya jawab terus boleh juga. doktor sambung lagi, saya akan panjangkan cuti. tanyanya awak kerja apa? saya mengajar. Oh. teknikal ni. sakit tekak tak boleh mengajar. saya bagi awak cuti 7 hari. jadinya, di sinilah saya di rumah bercuti selama 7 hari. terima kasih!! jangan dengki!