tak sedar masa sudah berlalu. terasa sekelip mata sahaja Fakhri dan Auni sudah besar. Lebih-lebih lagi Fakhri. Nampak sangat dia sudah 'matang' sebagai seorang abang. banyak tindakannya menunjukkan dia seorang abang yang sangat menyayangi adiknya. walaupun ada kalanya dipukul ditolak juga adiknya hingga jatuh menangis. beberapa peristiwa yang boleh saya ringkaskan di sini yang menyebabkan saya sangat bangga pada Fakhri.
apabila Auni menangis kerana lapar atau mengantuk, saya akan suruh Fakhri pujuk adiknya. Abang, pujuk adik. kata saya. Fakhri terus panggil adiknya dan cuba memujuk dengan macam-macam cara. ada ketika dia berikan mainannya yang ditangan. ada ketika dia menepuk-nepuk kaki adiknya lagak kita mententeramkan adiknya.
ada sekali tu Fakhri marahkan adiknya ganggu dia bermain. memang perangai adiknya suka mengusik abang. Fakhri tolak Auni hingga jatuh. Auni menangis. saya marahkan Fakhri. jangan tolak adik. sakit adik. tengok adik dan menangis. mintak maaf dengan adik. cium adik. terus Fakhri gosok-gosok belakang adiknya dan mencium pipinya sambil cuba mengangkat Auni bangun.
satu hari itu, Auni merengek-rengek mintak air. tak sempat saya nak ambil bekas air, Fakhri dah dulu mencapainya dan menghulurkan kepada Auni. Ketika Auni minum, dia tersedak dan terbatuk-batuk. terus Fakhri menepuk-nepuk belakang adiknya.
Bila Auni minum susu menggunakan botol, Fakhri akan ambil botol susu selepas Auni selesai dan meletakkannya di atas meja.
itu adalah beberapa tindakan Fakhri yang menunjukkan dia sudah 'matang' sebagai seorang abang. Saya rasa sangat senang hati dan yakin Fakhri dapat menjaga adiknya (adik-adiknya) nanti. Terima kasih Fakhri.
No comments:
Post a Comment