Kisahnya, ahad lepas menonton rancangan jalan-jalan cari makan yang memaparkan sebuah restoran namanya Restoran Murtabak Singapura. Kata pengunjung yang ditemuramah, rasa murtabak di sini memang seperti rasa murtabak asal dari Kota Singa.
Aku ingatkan itu sebuah restoran baru. Tapi menurut kata isteri, dah lama dia perasan restoran tersebut. Bukan sebulan dua tapi dah beberapa tahun.
Jadinya malam itu saja-saja pergi dengan cita-cita nak merasa murtabak singapura dua lapis. Bila sampai je di kedai, tu dia. Penuh manusia. Agaknya mereka ni serupa dengan aku kot. Tengok tv petang, malamnya pergi cuba. Sebab seingat aku kedai itu tak ramai orang. Tidak sepenuh ini.
Hari ni cuba nasib lagi untuk merasa murtabak. Berjaya. Servis agak lambat sebab ramai juga orang yang makan. Mungkin belum biasa dengan pelanggan yang ramai selepas masuk tv sebab nampak jelas sekali pekerjanya bertungkus-lumus melayan tetamu.
Kami pesan murtabak daging 3 lapis. Harganya RM18. Sesuai untuk dimakan oleh 4 atau 5 orang sebab kami makan berdua (dua budak ni tak kira), tak habis. Rasa? Boleh tahan. Tidak boleh nak banding sebab belum pernah rasa yang asli dari sana.
Fakhri suka kuah dal. Habis sepiring dihirup. Kerana besar sangat, terpaksa bungkus bawa balik.
Kalau sesiapa nak cuba, bolehlah pergi. Kedainya terletak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, bersebelahan dengan Galaxy Futsal dan Kompleks Sukan Seksyen 15.
Promosi ini percuma dan tidak dibayat oleh samada kedai atau penerbit rancangan tv.
Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments:
Post a Comment