04 May 2011

itu dia

Dah tiga tahun. Tiga tahun menunggu. Merancang. Dan itu dia. Pada usia 12 minggu, kira-kira. Proses untuk mendapatkan imej imbasan itu sangatlah panjang. Penantian selama lebih kurang 3 jam kerana terlalu ramai orang yang senasib menanti, perkara yang sama.

Akan tetapi, penantian sangat berbaloi. Jelas sekali imejnya. Nampak kepala, mata, hidung, tangan, kaki dan jantung yang berdegup. Yang paling menarik adalah, dia seronok bermain gelongsor di dalam sana. Bila kaki diluruskan, badan dia melonjak naik. Kemudian gelongsor turun. Ulang perkara yang sama beberapa kali, memang tidak jemu tengok. Abang dan kakak dia pun ada sama tengok. Kakak ketawa sambil menuding jari ke arah skrin. Barulah dia percaya apa yang selama ini beritahu, ada baby dalam perut umi.
Published with Blogger-droid v1.6.8

2 comments:

IKHWANI said...

Alhamdulillah..tahniah. Nanti bertambah meriah lah rumah tu..

Unknown said...

ah... jarang sekali bukak di sini. kalau komen di FB mesti terjawab. terima kasih.

Post a Comment