saya selalu memerhatikan perkembangan Auni. dari segi kemahiran. tak terasa masa dah berlalu. tak sangka dia tahu beberapa kemahiran. mungkin kerana ketika Fakhri membesar, sudah ada Auni menjadikan Fakhri tidak lagi dianggap sebagai bayi. tetapi Auni masih lagi dianggap bayi oleh saya.
tak sangka yang Auni sudah tahu pegang botol susu sendiri. tidak pernah diajar. kerana di rumah dia minum susu terus dari ibu. tak pernah diberi botol. bila sudah habis minum, dia hulurkan botol sambil berkata, nah. ataupu dia akan letakkan di lantai. bila Fakhri yang minum susu, dia paling sibuk nak tutup botol susu Fakhri.
sekarang Auni paling sangat suka makan. makanan kegemarannya ialah biskut dan nasi. sekali makan biskut, dia boleh habiskan 4-5 keping Jacob's wheatameal. dan dia sudah tahu mintak biskut. dia akan berdiri di tepi meja makan dan menjerit, kuk. sambil tangan menunjuk ke atas meja. dan Auni makan, tidak bersepah. jika diberi sekeping, makan sekeping lah habis dimakan. yang jatuh kelantai hanyalah serpihan-serpihan kecil akibat dari mengigit.
kalau nasi memang Auni akan duduk mengadap kita yang menyuap. tidak akan ke mana-mana selagi tidak kenyang makan. itu Auni dan bab makan. Fakhri lain pula ceritanya. dia cuma makan apa yang dirasakannya sedap. seperti ikan, ayam, kismis, cereal, roti dan pisang. sangat cerewet Fakhri kalau berkenaan makanan. susah sekali nak tengok dia makan nasi dengan besungguh-sungguh. setakat ini, Fakhri cuma makan nasi bersungguh-sungguh bila lauknya adalah sup. daging, ikan, ayam hatta sayur pun dia makan. janji dalam bentuk sup.
itulah... kisah anak dan makan.
2 comments:
mungkin kah kebetulan tak pasti..tapi yang saya perhatikan selalunya anak sulung memang cerewet sekali makan (termasuk lah orang yang menulis komen ini!)...cuba abi pulak buat pemerhatian orang lain.
pemerhatian yang menarik. akan dibuat satu penyelidikan. :)
Post a Comment